Sunday, November 6, 2016


 JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN JENAYAH SETEMPAT, BINCANGKAN KONSEP KEJIRANAN YANG SEBENAR”

NAMA PENSYARAH : USTAZ NAHRAWI BIN KASSIM
KELAS : DAS5A

NAMA
NO   MATRIK
MUHAMMAD SYAZWAN BIN ROSDI
17DAS14F1093
MUHAMMAD BIN KAMARUDDIN
17DAS14F1039
MUHAMMAD ZIKRY AZIB BIN ZAMRIE
17DAS14F1009
AHMAD ILAH MOHAIMIN BIN HASSAN
17DAS14F1031
MUHAMMAD NUR KHAIRUL BIN MATNOR
17DAS14F1091
MUHD FATHURRAHMAN BIN MOHD SHUKOR
17DAS14F1065




ISI KANDUNGAN

BIL
TAJUK

1
PENGENALAN
a)      Objektif Kajian
b)   Definisi Kejiranan Dalam Islam
b)      Definisi Kejiranan Dalam Bahasa/Etimologi



2
ULASAN ISI
a)      Adab Berjiran
b)      Langkah Memupuk Semangat Kejiranan
c)    Hak Jiran yang Perlu Dipelihara
d)   Kebaikan/Hikmah Mewujudkan Hubungan Baik dengan Jiran
d)     Akibat Tidak Mengamalkan Amalan Berjiran
e)   Faktor Semangat Kejiranan Semakin Hilang 
f)    Langkah Menghidupkan Semangat Kejiranan
g)   Hadis Berkaitan Amalan Kejiranan


3
PENUTUP DAN KESIMPULAN
LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN



SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG MAJMUK

PENGENALAN
Muqadimah
بسم الله الرحمن الرحيم

إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102)
ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1)
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70).

أمِّا بعد:

Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenal pasti definisi jiran dalam islam.
2. Mengenal pasti pembahagian jiran melalui konteks islam.
3. Mengenal pasti hak, adab, serta fadhilat hidup berjiran berlandaskan Islam.
4. Mampu menghuraikan faktor utama semangat kejiranan kian hilang.
5. Menghuraikan dengan terperinci langkah menghidupkan semangat kejiranan.
6. Menyenaraikan beberapa senarai ayat Al-Quran dan hadis berkaitan jiran.

DEFINISI JIRAN DALAM ISLAM

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita. 

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak  mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.

Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya. 

Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:

اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء

Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .


PEMBAHAGIAN JIRAN DALAM ISLAM 

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :

Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam ajaran Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat penting dalam kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;

A036

Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil.”

Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah SWT.

Allah menyebut (( وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى)) : iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan. 

Allah menyebut juga ((وَالْجَارِ الْجُنُبِ )) : iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya. 

Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di dalam hadith Baginda SAW iaitu yang bermaksud:

 “Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”

Merujuk kepada hadith yang sama, berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu:

a.       jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,
b.      jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan
c.       jiran yang kafir.

Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kewajiban kita sebagai anggota masyarakat untuk memberi hak-hak yang sewajarnya terhadap jiran. Malahan jika jiran kita seorang yang bukan Islam sekalipun, kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak tersebut.



ULASAN ISI


ADAB BERJIRAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI


Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.

Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang. 

Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya dijual, tentu saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”. Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual rumah saudara ini”. 

Imam Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:

§  1.  Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu.
§  2. Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari.
§  3. Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah.
§  4. Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan      bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta.
§  5.  Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT.
§  6. Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun.
§  7. Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya.
§  8. Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya.
§  9.  Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya.
§ 10. Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun.
§ 11.   Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran menimpanya.
  12. Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
§ 13. Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan
§  
Rumusan bagi bab ini ialah hendaklah kita sedar bahawa jiran tetangga itu mempunyai hak-hak yang tertentu sesuai dengan status mereka di dalam strata masyarakat. Ini termasuklah dengan berlemah-lembut dengan mereka iaitu menegur sapa dengan ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar mereka sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang kita ajukan, tidak meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima teguran jiran terhadap kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada, sentiasa berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik terhadap jiran, memberi buah tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran tetangga.

Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan

1.          Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
2.          Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar sangkaan buruk.Jiran yang jahat dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.

Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat bertanya:
“Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab :
Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“ Tidak masuk syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”(Riwayat Muslim)

3.      Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik dan menghormati mereka sebagai manusia.
4.      Sentiasa merendahkan diri dan berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.  
5.      Sentiasa bersedia memberikan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.  
6.      Menyayangi mereka seperti mana kita menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mereka tidak sukai.  
7.      Sentiasa mengambil berat dan bersimpati terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan, kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.  
8.      Tidak memandang rendah dan saling menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.  
9.      Mengutamakan jiran yang terdekat rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang. Terdapat tiga kategori jiran :  
1.       Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan seorang Muslim.
2.       Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak seorang Muslim.
3.       Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak iaitu hak jiran.
4.        
10.    Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
11.    Sentiasa memelihara diri agar tidak melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan lain-lain lagi.  
12.     Elakkan sikap terlalu suka mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.  
13.     Bantulah mereka apabila mereka ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.  
14.     Rasakan kesusahan jiran seperti kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak baru, mendapat menantu dan sebagainya.  
15.    Elakkan dari memerhatikan barangan atau apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.  
16.    Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
17.     Sentiasa bersabar di atas segala perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.  


LANGKAH LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

             Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

             Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar dibudayakan dalam masyarakat.

             Sudah terang lagi bersuluh cara memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa menunjukkan teladan  yang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi.  Sebagai contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran agar dapat memiupuk semangat kejiranan. Biasanya ibu bapa yang berfikiran terbuka dan luas akan  mendidik dan mengajar anak mereka dengan ilmu agama yang secukupnya supaya mereka menjadi jiran yang baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran. 

             Natijahnya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekaligus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bertepatan dengan aforisme anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan seperti, anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Menurut Albert Einstein, agama tanpa amal adalah buta manakala amal tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberi ajaran agama yang secukupnya dan  menjadi suri teladan kepada anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran yang baik dan bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke  arah kemajuan  negara pada masa akan datang.

               Selain itu,semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.

               Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.

               Dari sudut kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri dan bodoh sombong Kempen mampu menyedarkan segenap lapisan marhaen di negara kita akan kepentingan semangat kejiranan.Amsalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengadakan jamuan Rumah Terbuka 1 Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri sebagai meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini. Selain mempromosikan negara, rumah terbuka mampu mempererat hubungan pelbagai bangsa supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat berbilang . Hal ini kerana, tak kenal maka tak cinta dan jiran sepakat membawa berkat. Selain itu, komuniti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela  merupakan elemen terpenting dalam mempromosikan kempen supaya lebih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Sekiranya, kempen yang digerak kerangka mampu menjadi wadah semangat kejiranan maka rakyat Malaysiamampu menjadi bangsa kelas pertama di persada dunia.

              Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa pihak sekolah perlu mendidik murid-murid tentang kepentingan semangat kejiranan. Umum mengetahui bahawa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan khususnya terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Jelasnya di sini bahawa murid-murid perlu bekerjasama walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang berbeza. Hal ini kerana ia tidak akan memberi kesan kepada permuafakatan masyarakat. Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti yang melibatkan daripada murid-murid. Selain itu, ibu bapa perlu menyokong tindakan pihak sekolah secara membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang sedemikian. Kendatipun ada sesetengah pihak ibu bapa tidak mempersetujui dengan aktiviti yang dijalankan. Mereka juga tidak membenarkan anak-anaknya untuk menyertai aktiviti tersebut. Di sinilah kita jelas menyaksikan sikap perkauman telah terwujud kerana tidak mahu melibatkan diri untuk menyertai aktiviti tersebut oleh sebab kegiatan ini melibatkan pelbagai kaum dan agama. Dalam konteks ini, pihak sekolah perlu menggalakkan murid-murid untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, pihak sekolah tidak usah menzahirkan keraguan akan tindakan yang diambil. Jika kita memulakan sesuatu dengan perkara yang positif,maka hasil yang bakal diperoleh sudah tentu sesuatu yang positif juga. Sebagaimana yang kita maklumi, aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari Rabu. Aktiviti kokurikulum merujuk kepada aktiviti yang dijalankan oleh setiap persatuan unit beruniform masing- masing. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ini perlu diteruskan . Seterusnya, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti hari kantin,hari koperasi dan hari kokurikulum. Kita mengetahui bahawa aktivitiseperti ini memerlukan kerjasama yang kuat antara murid dan guru. Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti tersebut menjalankan perniagaan. Dalam konteks ini, murid-murid dan guru berganding bahu untuk menjayakan perniagaan yang dijalankan. Selain daripada murid dan guru, murid-murid turut berganding bahu sesame murid. Memang tidak dapat dinafikan bahawa secara tidak langsung semangat bekerjasama dapat diterbitkan dalam jiwa murid-murid. Selain itu, nilai kerjasama ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan murid-murid apabila mereka mencuba untuk menggiatkan diri dalam aktivit kemasyarakatan ini. Izharlah bahawa, pihak sekolah perlu memberi galakkan kepada murid-murid untutk menyertai aktiviti yang melibatkan nilai kerjasana agar jiwa mereka mudah untuk disemai dengan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

                 Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.



 HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan
kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.

Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Marilah kita kembali kepada sunnah rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.
(hadith sahih riwayat Muslim no. 45).
Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah bahawa hendaklah mencintai jiran dan memelihara hak mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak kita dijagai dan dipelihara. Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan tanda sebagai seorang yang beriman kepada Allah.


Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara :

1. Memenuhi Hak Jiran

Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab ini secara saksama.

2. Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah :“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).

Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam Adabul Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).

3. Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat
Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat.
Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.
(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.
Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.

4. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka
Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.
(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).
Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).

5. Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan

Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.
Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu”

(hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).
Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.

6. Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.
Hendaklah seorang yang beriman itu melindungi jirannya dari perkara yang membawa bahaya dan mudharat serta tidak menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).
Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka.
Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.
Sabda rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang wanita adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya” demikian juga apabila ditanya tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya seseorang itu daripada sepuluh buah rumah lebih ringan baginya daripada mencuri dari rumah jirannya” .
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 103 dan tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).
(An-Nisaa’ : 36)
(Al-Hujurat : 13)
(Al-Maidah : 2)
Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu 'Sediakan payung sebelum hujan'. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.
(Al-Syura : 38)

Menyayangi jiran juga termasuk dari perintah Islam seperti dalam hadith nabi yang menyebut :
 “ Demi zat yang jiwaku berada dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu sehingga dia mencintai jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” .


 HIKMAH / FADHILAT HIDUP BERJIRAN

Mengapa Kita perlu Berjiran ?

Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajibanmengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'. 
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat maka tidak dapat tidak kita perlulah terlebih dahulu menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran.

Antara hikmahnya ialah:

·         Bantuan Ketika Kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang dapat melahirkan suasana seperti ini.

·         Menambah Kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt yang bermaksud:
'Wahai manuisa, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa
-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali'. 
Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu bercucuk tanam, landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain lagi.

·         Menjamin Keselamatan Setempat
Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa
 Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:
'Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran'. 

·         Menjaga Keharmonian Masyarakat
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan meragukan.
·         Menjaga Kebajikan Penduduk Setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Bagi memenuhi hasrat ini maka pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Kemajuan Pembelajaran Anak-Anak. Jawatankuasa ini berperanan menilai pencapaian pelajaran anak-anak, mengenalpasti kelemahan dan masalah serta mengadakan program-program yang dapat meningkatkan mutu pelajaran mereka.
Di samping itu juga, menerusi penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi, program jatidiri dan sebagainya. Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat baik anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan terpelihara. Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini adalah terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'…dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka...' 



 AKIBAT TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN

Antara kesan terbesar akibat kita tidak melaksanakan adab yang baik kepada jiran :

ü  1. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga
ü  2. Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan  masyarakat
ü  3. Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
ü  4. Kemungkaran berlaku secara berleluasa




FAKTOR- FAKTOR SEMANGAT KEJIRANAN KIAN PUPUS

Sejak akhir-akhir ini, semangat kejiranan kian pupus dalam kalangan masyarakat kita, mereka seperti tidak mementingkan semangat kejiranan bagai ‘enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ yang membawa maksud mementingkan diri sendiri dan tidak muafakat. Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak dapat kita nafikan bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri dan lebih bersikap individualistik.

Nyahtijahnya, kita lebih suka menyendiri dan mengabaikan semangat kejiranan dimana pada satu ketika dahulu, semangat ini menjadi sesuatu teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli masyarakat  boleh diibaratkan ‘cubit peha kiri, peha kanan terasa’. Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti semua faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita sekarang.

Faktor pertama yang mungkin menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan oleh masyarakat pada masa kini ialah faktor pendidkan. Pendidikan merupakan salah satu impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.

Kita dapat melihat, apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat. Perspektif tersebut membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan jawatan yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat berdikari dan tidak memerlukan orang lain termasuklah jiran tetangga. Mereka hanya mementingkan hak individu mereka terhadap kebajikan masyarakat sebagai salah satu seorang daripada ahli masyarakat itu sendiri.

Selain itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat kian melupakan betapa pentingnya semangat kejiranan. Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini, Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bereti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, pertanian, perniagaan dan lain-lain. la juga telah menjadi salah satu factor yang menyebabkan kita kurang mengamalkan semangat kejiranan.

Teknologi juga menjadi faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan  semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi yang canggih. kita semakin kurang berinteraksi secara langsung dgan saya mahupun tidak langsung Melalui pengggunaan telefon, faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubung. Ekoran daripada itu, kita akan menjadi  seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.

Jelaslah bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak berhubung dan berinteraksi sesame satu dengan yang lain. Struktur perumahan yang moden hasil daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar.

Hal ini berbeza dengan rumah-rumah dikampung yang ini yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah jiran yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi salah satu punca berlakunya perpecahan dalam kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan kawasan yang sedang membangun.            




LANGKAH-LANGKAH MENGHIDUPKAN SEMULA SEMANGAT KEJIRANAN
           
            Hakikat ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan iaitu semangat yang dipunyai oleh ahli-ahli masayarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain amatlah diperlukan. Ia bertujuan untuk menjamin perpaduan masyarakat. Pelbagai langkah yang dapat kita laksanakan untuk membendung masalah ini terus melular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Disini kita dapat lihat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membendung masalah ini.

            Langkah pertama untuk terus untuk mewujudkan semangat kejiranan ialah dengan menghidupkan semula konsep rukun tetangga,. Rukun tetangga membawa maksud pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang dipilih oleh warganya. Progam rukun tetanggga ialah satu progam sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.

            Di Malaysia, Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah berjaga-jaga dimana ia memerlukan rakyat sendiri mengawal dan mejaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan yang berfalsafah bahawa  kesejahteraan kawasan kejiranan akan mejamin sesebuah negara. Dengan menghidupkan semula semangat rukun tetangga  ini, secara automatiknya semangat kejiranan akan dapat ditaman didalam setiap masyarakat didalam kawasan kejiranan.

            Oleh itu, disini dapat kita lihat bahawa melalui konsep rukun tetangga sengat kejiranan dapat dipupuk kerana ia membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum diaman ia secara tidak langsung mampu melahirkan kerjasama sesama ahli masyarakat ketika melakukan rondaan bersama ibarat kata pepatah yang berbunyi ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Pepatah itu benar-benar menggambarkan kerjasama yang erat sesame ahli masyarakat.

            Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk melalui mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Antara contoh yang paling terdekat yang dapat kita ambil ialah majlis perkahwinan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama dan sekaligus dapat memupuk semangat kejiranan dalam ahli masyarakat. Contohnya merewang untuk menyediakan makanan. Contonya merewang untuk menyediakan makanan. Proses penyediaan makanan akan memerlukan kerjasama dan kemuafakatan atau kesepakatan. Kerjasama amat penting ketika proses penyediaan makanan ini atau merewang.

            Seterusnya, langkah-langkah mungkin dapat meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan menggunakan saluran media massa yang akan menyiarkan kempen kesedaran kejiranan. Media massa perlu menyiarkan maklumat-maklumat yang positif dimana ia dapat meningkatkan semangat kejiranan serta kemuafakatan sesama ahli masyarakat. Seperti yang kita ketahui bahawa media massa merupakan satu medium yang  paling mudah masyarakat terpengaruh terutamanya golongan kanak-kanak serta remaja.

Langkah kerajaan menggunakan saluran media massa untuk menyiarkan kempen kesedaran kejiranan merupakan pemangkin kepada keteguhan semangat kejiranan. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Secara tidak langsung, kempen yang disiarkan dapat mencelik mereka yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur agar bangkit menjadi nadi kepada usaha kejiranan.

Langkah yang terakhir ialah dengan sistem pendidikan disekolah atau mana-mana institusi pelajaran. Ia melalui matapelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama atau Pendidikan Moral ataupun melalui penyerapan dalam matapelajaran lain. Melalui kaedah ini, semangat kejiranan dapat dipupuk dikalangan kanak-kanak lagi ibarat peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Semangat kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata jika semangat kejiranan tidak diamalkan ia akan memberi kesan buruk sejurus melahirkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Pelbagai langkah dan inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan semua suasana yang positif ini. Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung kepincangan dan kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya dan negara amnya. Ibarat kata pepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarakat bersama-sama beganding bahu dan berusaha dalam memastikan semangat kejiranan tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.

Akhirnya,peranan jiran juga amat penting untuk mempunyai jiran amat penting untuk menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejateraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’.
       



AYAT AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI JIRAN

Allah berfirman di dalam Al-Quran Surah AnNisaa’ ayat 36;
Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil”

Hadis dari riwayat Ismail Ibn Muhammad Ibn Saad Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:
“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda keburukan (kesudahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”

Hadis dari riwayat Muslim r.a daripada Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya”

Hadis dari riwayat Bukhari daripada Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat (Akhirat) maka janganlah menyakiti jirannya”



PENUTUP DAN KESIMPULAN

Secara analoginya, semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

Dalam situasi sebenar, kerajaan perlu mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Dalam situasi ini, kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.


Konklusinya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita? 




LAMPIRAN DAN KERATAN AKHBAR












SUMBER RUJUKAN

1. http://ciptaan-mulia.blogspot.my/p/konsep-jiran.html

2. Imam Al-Ghazali. 2009. Ihya Ulumuddin. Shah Alam, Selangor. Penerbit: Illuison Network Sdn Bhd

3. Imam Al-Nawawi. 1981. Riyadhus Salihin. Kuala Lumpur. Penerbit: Hizi Print Sdn Bhd

4. Imam Asy-Syaukani (Tahqiq & Tkahrij: Sayyid Ibrahim). Tafsir Fathul Qadir. Penerbit: Pustaka Azzam

5. Syeikh Muhammad al-Khudari Bik Tahkik & Komentar: Samir Ahmad al-‘Athor – Terjemahan Ustaz Hj Mohd Asri Hj. Hashim). “Kitab Sirah Rasulullah SAW”. 2009. Kuala Lumpur : Prospecta Printer Sdn Bhd