JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
“AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN JENAYAH SETEMPAT, BINCANGKAN KONSEP KEJIRANAN YANG SEBENAR”
NAMA PENSYARAH : USTAZ NAHRAWI BIN KASSIM
KELAS : DAS5A
NAMA
|
NO MATRIK
|
MUHAMMAD SYAZWAN BIN ROSDI
|
17DAS14F1093
|
MUHAMMAD BIN KAMARUDDIN
|
17DAS14F1039
|
MUHAMMAD ZIKRY AZIB BIN ZAMRIE
|
17DAS14F1009
|
AHMAD ILAH MOHAIMIN BIN HASSAN
|
17DAS14F1031
|
MUHAMMAD NUR KHAIRUL BIN MATNOR
|
17DAS14F1091
|
MUHD FATHURRAHMAN BIN MOHD SHUKOR
|
17DAS14F1065
|
ISI KANDUNGAN
BIL
|
TAJUK
| |
1
|
PENGENALAN
a) Objektif Kajian
b) Definisi Kejiranan Dalam Islam
b) Definisi Kejiranan Dalam Bahasa/Etimologi
| |
2
|
ULASAN ISI
a) Adab Berjiran
b) Langkah Memupuk Semangat Kejiranan
c) Hak Jiran yang Perlu Dipelihara
d) Kebaikan/Hikmah Mewujudkan Hubungan Baik dengan Jiran
d) Akibat Tidak Mengamalkan Amalan Berjiran
e) Faktor Semangat Kejiranan Semakin Hilang
f) Langkah Menghidupkan Semangat Kejiranan g) Hadis Berkaitan Amalan Kejiranan | |
3
|
PENUTUP DAN KESIMPULAN
LAMPIRAN SUMBER RUJUKAN |
SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT YANG MAJMUK
PENGENALAN
Muqadimah
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102)
ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1)
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70).
أمِّا بعد:
بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده و نستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا و سيئات أعما لنا من يهده الله فلا مضلَّ له ومن يضْلل فلا هاديه له, و أشهد أن لا َّاله إلا الله و حده لا شريك له وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ اِلاَّ وَاَنتُم مُّسلِمُونَ (آل عمران: 102)
ياَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم من نَّفسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنهَا زَوجَهَا وَبَثَّ مِنهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا (النساء: 1)
ياَيُّهَا الَّذِينَ امَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَولاً سَدِيداً يُصلِح لَكُم اَعمَالَكُم وَيَغفِر لَكُم ذُنُوبَكُم وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَد فَاز فوزا عظيما (الأحزاب:70).
أمِّا بعد:
Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun dalam kepesatan teknologi dan kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti definisi jiran dalam islam.
2. Mengenal pasti pembahagian jiran melalui konteks islam.
3. Mengenal pasti hak, adab, serta fadhilat hidup berjiran berlandaskan Islam.
4. Mampu menghuraikan faktor utama semangat kejiranan kian hilang.
5. Menghuraikan dengan terperinci langkah menghidupkan semangat kejiranan.
6. Menyenaraikan beberapa senarai ayat Al-Quran dan hadis berkaitan jiran.
5. Menghuraikan dengan terperinci langkah menghidupkan semangat kejiranan.
6. Menyenaraikan beberapa senarai ayat Al-Quran dan hadis berkaitan jiran.
DEFINISI JIRAN DALAM ISLAM
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
PEMBAHAGIAN JIRAN DALAM ISLAM
Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.
Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :
Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.
Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah masyarakat. Memiliki tempat tinggal termasuk di antara salah satu rezeki dan nikmat kerana padanya manusia tinggal dan huni serta menetap untuk melindungi diri dan meneruskan kehidupan dengan teratur dan selesa.
Tempat tinggal itu berbeza-beza menurut situasi dan keadaan seseorang ada yang mampu memiliki rumah yang mewah dan selesa dan ada yang hanya sekadar mampu menghuni rumah teres dan rumah beratapkan zink dan diperbuat dari kayu dan papan. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan rumah penempatannya.
Disebut di dalam hadith dari riwayat Ismail ibn Muhammad ibn Saad ibn Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang berkata telah bersabda Rasulullah SAW:
اربع من السعادة, المراة الصالحة والمسكن الواسع والجار الصالح والمركب الهنيء واربع من الشقاوة الجار الشوء والمراةالسوء والمسكن الضيق والمركب السوء
Maksudnya: “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 36 iaitu :
Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
Maksud-Nya : Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.
Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam ajaran Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat penting dalam kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran;
Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil.”
Allah menghimpunkan sekali dalam ayat di atas perintah untuk beribadah kepada Allah dengan perintah untuk berlaku baik kepada hamba-hamba-Nya sebagai tanda Islam ini bukan sahaja menjalin hubungan dengan pencipta sebaliknya juga menyatukan manusia di dalam satu kewajipan untuk berlaku baik sesama manusia sebagai termasuk menunaikan ketaatan kepada Allah SWT.
Allah menyebut (( وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى)) : iaitu yang bermaksud jiran yang padanya terdapat hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Ini merupakan pendapat yang disebut oleh Ali Ibn Talhah daripada Ibn Abbas ra manakala yang disebut dari riwayat Ikrimah dan Mujahid dan selain mereka yang mengatakan ianya ialah jiran muslim yang satu agama. Juga ada yang mengatakan dimaksudkan dengan ayat ini ialah jiran yang rumahnya berdekatan.
Allah menyebut juga ((وَالْجَارِ الْجُنُبِ )) : iaitu yang bermaksud lawan kepada ayat sebelumnya yang sebahagian ulama tafsir menyebut ianya ialah jiran yang tidak memiliki hubungan darah atau kekeluargaan seperti pendapat Ali ibn Talhah dari Ibn Abbas ra, juga yang mengatakan ianya bukan muslim seperti jiran yahudi dan nasrani seperti yang disebut dalam riwayat dari Ikrimah dan Mujahid dan yang lain mengatakan yang dimaksudkan ialah jiran yang berjauhan rumahnya.
Hadith Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa terdapat beberapa kategori jiran di dalam hadith Baginda SAW iaitu yang bermaksud:
“Jiran itu ada tiga golongan, ada jiran yang hanya mempunyai satu hak dan ada jiran yang mempunyai dua hak dan ada jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak itu ialah jiran yang Muslim dan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Maka ia mempunyai hak sebagai jiran, hak sebagai Muslim dan hak sebagai keluarga. Jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran yang Muslim. Ia mempunyai hak sebagai seorang Muslim. Jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik”
Merujuk kepada hadith yang sama, berkata Syeikh Dr Abd Aziz Ibn Fauzan ibn Soleh Al-Fauzan dalam kitabnya “Fiqh Ta’amul Ma’an Nas” bahawa kedudukan jiran itu terbahagi 3 jenis iaitu:
a. jiran yang muslim dan memiliki hubungan darah,
b. jiran yang muslim yang tidak ada hubungan darah; dan
c. jiran yang kafir.
Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa kewajiban kita sebagai anggota masyarakat untuk memberi hak-hak yang sewajarnya terhadap jiran. Malahan jika jiran kita seorang yang bukan Islam sekalipun, kita wajib menghormati dan menjaga hak-hak tersebut.
ULASAN ISI
ADAB BERJIRAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Dewasa
ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan antara kita
tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk bertegur sapa
sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli masyarakat
menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu memahami konsep
kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya perselisihan faham dan
akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif. Keadaan ini pasti akan
memperlahankan proses perpaduan dan boleh menimbulkan perasaan kekok apabila
sesakali bersua muka ditempat awam sama ada di pasar malam, surau atau masjid
bahkan ketika di kenduri perkahwinan dikawasan kejiranan.
Kepentingan
adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama Islam. Adab
semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan di dalam
perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat mestilah
ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan Al-Quran dan
Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu dipatuhi di dalam
kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika berbicara sesama
jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh seseorang, ia
menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta perangainya. Bagi
setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak membicarakan sesuatu yang tidak
berfaedah.
Imam
Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa hak
jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan
yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan
perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi
pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.
Diceritakan
bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya akan menjual
rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang sudah banyak
ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya dijual, tentu
saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”. Tidak lama
kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut kadar rumah itu
sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual rumah saudara ini”.
Imam
Al-Ghazali juha telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang muslim terhadap
jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar
dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan
jiran tetangga iaitu:
§ 1. Hendaklah mendahulukan
ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu.
§ 2. Jangan terlalu banyak
bertanya kepadanya tentang keadaannya sehari-hari.
§ 3. Menziarahi dirinya atau
kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah.
§ 4. Tunjukkan bahawa kita
turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera
memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta.
§ 5. Menyatakan perasaan
gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT.
§ 6. Ampunilah segala
kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa-apa cara sekalipun.
§ 7. Jangan membuat sesuatu
yang tidak menyenangkan jiran kita umpamanya meletakkan batang kayu di dinding
rumahnya.
§ 8. Jangan menyempitkan
jalan menuju ke rumahnya.
§ 9. Jangan mengintai-ngintai
apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya.
§ 10. Tutuplah kecacatan atau
kekurangan yang nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun.
§ 11. Berikanlah dia semangat
untuk terus berusaha menghadapi kesukaran apabila kesukaran menimpanya.
12. Jangan lalai menjaga
rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang bermusafir
§ 13. Jangan mendengar
kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang berupa umpatan atau
berita-berita yang tidak menyenangkan
§
Rumusan
bagi bab ini ialah hendaklah kita sedar bahawa jiran tetangga itu mempunyai
hak-hak yang tertentu sesuai dengan status mereka di dalam strata masyarakat.
Ini termasuklah dengan berlemah-lembut dengan mereka iaitu menegur sapa dengan
ucapan salam, senyum, tidak berlebih-lebihan ketika bertanya khabar mereka
sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang jiran terhadap soalan yang kita
ajukan, tidak meninggikan suara sehingga menyakiti hati jiran, menerima teguran
jiran terhadap kesilapan kita dengan bersikap berlapang dada, sentiasa
berfikiran positif dengan sentiasa bersangka baik terhadap jiran, memberi buah
tangan atau hadiah dengan tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama jiran
tetangga.
Adab Berjiran Yang Mesti Diamalkan
1.
Sentiasa mewujudkan suasana kemesraan melalui usaha kenal-mengenal dan
hormat menghormati antara satu sama lain. Antara caranya dengan memulakan salam
jika bertemu dengan sesama Muslim atau ucapan penghormatan yang baik jika
bertemu dengan bukan Muslim.Sentiasa bertoleransi samada yang melibatkan urusan
keagamaan,adat resam, budaya, cara hidup dan lain-lain lagi.
2.
Tidak menyakiti mereka samada melalui perkataan, perbuatan atau sekadar
sangkaan buruk.Jiran yang jahat
dan tidak berakhlak digambarkan sebagai lembaga hitam yang telah dirasuk
syaitan sehingga tergamak melakukan kejahatan dan kedurjanaan sehingga
menimbulkan ketakutan dan kegerunan kepada insan lain.
Rasul SAW pernah bersabda; “ Demi Allah tidak beriman, demi Allah
tidak beriman, demi Allah tidak beriman.
Sahabat
bertanya:
“Siapakah (yang
tidak beriman itu) ya Rasulullah?”
Rasulullah SAW
menjawab :
Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram)
lantaran kejahatannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang
lain dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
“ Tidak masuk
syurga, barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman(selamat dan tenteram)
lantaran kejahatannya.”(Riwayat Muslim)
3. Sentiasa menuturkan kata-kata yang baik
dan menghormati mereka sebagai manusia.
4. Sentiasa merendahkan diri dan
berlemah-lembut dengan mereka dan mengelak diri dari bersikap takbur.
5. Sentiasa bersedia memberikan sebarang
bentuk bantuan dan pertolongan yang diperlukan.
6. Menyayangi mereka seperti mana kita
menyayangi diri kita sendiri. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa
berusaha untuk melakukan perkara yang menjadi kesukaan mereka, selagi tidak
bertentangan dengan syariat agama dan sama-sama berusaha menghindarkan
perkara-perkara yang mereka tidak sukai.
7. Sentiasa mengambil berat dan bersimpati
terhadap segala permasalahan yang sedang mereka hadapi sama ada yang berkaitan
dengan masalah keagamaan, kekeluargaan atau rumah tangga, kejiwaan,
kesihatan,pelajaran, , kewangan, makan-minum, dan sebagainya. Sentiasa
mempamerkan akhlak yang mulia sesama jiran sehingga akhirnya melahirkan
perhubungan kejiranan yang lebih mesra dan lebih akrab.
8. Tidak memandang rendah dan saling
menghina sesama jiran, sebaliknya hendaklah sentiasa hormat menghormati dan
harga-menghargai,termasuklah menghargai dan berterima kasih terhadap apa jua
pemberian,khidmat dan pertolongan yang diberikan.
9. Mengutamakan jiran yang terdekat
rumahnya dengan rumah kita.Penetapan jiran terdekat ialah 40 buah rumah yang
berada di sekeliling rumah kita, sama ada di kiri, kanan, hadapan dan belakang.
Terdapat tiga kategori jiran :
1.
Jiran muslim yang ada hubungan
kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu sebagai jiran, keluarga dan
seorang Muslim.
2.
Jiran Muslim yang mempunyai dua hak, iaitu
hak jiran dan hak seorang Muslim.
3.
Jiran bukan Islam, yang mempunyai satu hak
iaitu hak jiran.
4.
10. Sentiasa berusaha mewujudkan suasana
aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Faktor
inilah juga yang menyebabkan Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara
rukun-rukun kebahagiaan ialah ‘jiran yang baik’.
11. Sentiasa memelihara diri agar tidak
melakukan sebarang kesalahan dan kerosakan serta mencemar maruah dan diri
jiran, termasuklah terhadap isterinya,anak-anaknya, harta bendanya dan
lain-lain lagi.
12. Elakkan sikap terlalu suka
mengambil tahu hal ehwal peribadi dan keluarganya, kecuali setelah mereka
sendiri mengadu untuk mendapatkan bantuan kita untuk menyelesaikannya.
13. Bantulah mereka apabila mereka
ditimpa kesusahan dan mala petaka,agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram.
14. Rasakan kesusahan jiran seperti
kesusahan yang kita tanggung sendiri dan zahirkan kegembiraan ketika mereka
bergembira, sama ada ketika mendapat rumah baru, perabut baru, kelahiran anak
baru, mendapat menantu dan sebagainya.
15. Elakkan dari memerhatikan barangan atau
apa sahaja yang dibeli atau yang dibawa pulang ke rumahnya.
16. Tidak cuai untuk menyeru mereka kepada
yang makruf dan mencegah kemungkaran dengan cara yang paling berhikmah.
17. Sentiasa bersabar di atas segala
perlakuan buruk yang dilakukan oleh jiran, sebaik-baiknya kita hendaklah
sentiasa bersedia untuk memaafkan segala kesalahan dan kesilapan dan tidak
membalas segala kejahatan tersebut, sebaliknya membalasnya dengan kebaikan.
LANGKAH LANGKAH
MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN
Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara
yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh.
Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula
dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap
individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat
kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini
haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum
masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan
keharmonian negara.
Antara langkah yang boleh
diambil dalam usaha memupuk semangat kejiranan termasuklah mengamalkan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ini dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran. Malah,amalan ziarah-menziarahi
ini sangat digalakkan dalam Islam. Misalnya,apabila jiran bertandang ke
rumah,sudah semestinya kita akan menyambut baik kedatangan mereka dan melayan
mereka dengan penuh adab sopan. Hal ini seterusnya akan melahirkan rasa hormat
dan kasih sayang sesama individu. Oleh itu,amalan ziarah-menziarahi wajar
dibudayakan dalam masyarakat.
Sudah terang lagi bersuluh cara
memupuk semangat kejiranan ialah ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak. Hal ini kerana, jika ibu bapa menunjukkan teladan yang
baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan.
Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka
mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk
lagi. Sebagai contoh ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi
jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak.
Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran agar dapat memiupuk
semangat kejiranan. Biasanya ibu bapa yang berfikiran terbuka dan luas
akan mendidik dan mengajar anak mereka dengan ilmu agama yang secukupnya
supaya mereka menjadi jiran yang baik dan dapat merapatkan hubungan silaturahim
antara jiran.
Natijahnya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam
kalangan anak-anak dan ibu bapa sekaligus dapat mewujudkan masyrakat yang
harmoni. Ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak bertepatan dengan
aforisme anak-anak ibarat kain putih , ibu bapa bertanggungjawab
mencorakkannya. Hal ini boleh dianologikan seperti, anak burung yang baru
belajar terbang daripada ibunya. Menurut Albert Einstein, agama tanpa amal
adalah buta manakala amal tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, ibu bapa
perlulah memberi ajaran agama yang secukupnya dan menjadi suri
teladan kepada anak-anak supaya mereka dapat mencontohi dan menjadi jiran yang
baik dan bertanggungjawab. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat
dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan
bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara ke arah
kemajuan negara pada masa akan datang.
Selain itu,semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui
amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat
kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu
menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan
sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat
mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu,
nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan.
Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk
kebaikan bersama.
Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan
ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam
usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila
rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum
lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan
perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah
terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, prakarsa yang berkesan
yang perlu dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran untuk
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana,
masyarakat pada hari ini terlalu mementingkan diri sendiri dan bodoh sombong
Kempen mampu menyedarkan segenap lapisan marhaen di negara kita akan
kepentingan semangat kejiranan.Amsalnya, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri
mengadakan jamuan Rumah Terbuka 1 Malaysia setiap kali tibanya Aidilfitri
sebagai meraikan kepelbagaian bangsa dan agama di negara ini. Selain
mempromosikan negara, rumah terbuka mampu mempererat hubungan pelbagai bangsa
supaya lebih memahami dan mengenali budaya masyarakat berbilang . Hal ini
kerana, tak kenal maka tak cinta dan jiran sepakat membawa berkat. Selain itu,
komuniti Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela merupakan elemen
terpenting dalam mempromosikan kempen supaya lebih segar dalam sanubari rakyat Malaysia. Sekiranya, kempen yang
digerak kerangka mampu menjadi wadah semangat kejiranan maka rakyat Malaysiamampu menjadi bangsa kelas
pertama di persada dunia.
Pada realitinya, memang tidak dinafikan bahawa pihak
sekolah perlu mendidik murid-murid tentang kepentingan semangat kejiranan. Umum
mengetahui bahawa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan khususnya
terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Jelasnya di sini bahawa
murid-murid perlu bekerjasama walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan
latar belakang yang berbeza. Hal ini kerana ia tidak akan memberi kesan kepada
permuafakatan masyarakat. Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti yang
melibatkan daripada murid-murid. Selain itu, ibu bapa perlu menyokong tindakan
pihak sekolah secara membenarkan anak-anak mereka untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang sedemikian. Kendatipun ada sesetengah pihak ibu bapa tidak
mempersetujui dengan aktiviti yang dijalankan. Mereka juga tidak membenarkan
anak-anaknya untuk menyertai aktiviti tersebut. Di sinilah kita jelas
menyaksikan sikap perkauman telah terwujud kerana tidak mahu melibatkan diri
untuk menyertai aktiviti tersebut oleh sebab kegiatan ini melibatkan pelbagai kaum
dan agama. Dalam konteks ini, pihak sekolah perlu menggalakkan murid-murid
untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Selain itu, pihak sekolah
tidak usah menzahirkan keraguan akan tindakan yang diambil. Jika kita memulakan
sesuatu dengan perkara yang positif,maka hasil yang bakal diperoleh sudah tentu
sesuatu yang positif juga. Sebagaimana yang kita maklumi, aktiviti kokurikulum
akan diadakan pada setiap hari Rabu. Aktiviti kokurikulum merujuk kepada
aktiviti yang dijalankan oleh setiap persatuan unit beruniform masing- masing.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ini perlu diteruskan . Seterusnya,
pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti hari kantin,hari koperasi dan hari
kokurikulum. Kita mengetahui bahawa aktivitiseperti ini memerlukan kerjasama
yang kuat antara murid dan guru. Hal ini demikian kerana aktiviti-aktiviti
tersebut menjalankan perniagaan. Dalam konteks ini, murid-murid dan guru
berganding bahu untuk menjayakan perniagaan yang dijalankan. Selain daripada
murid dan guru, murid-murid turut berganding bahu sesame murid. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa secara tidak langsung semangat bekerjasama dapat
diterbitkan dalam jiwa murid-murid. Selain itu, nilai kerjasama ini dapat
diaplikasikan dalam kehidupan murid-murid apabila mereka mencuba untuk
menggiatkan diri dalam aktivit kemasyarakatan ini. Izharlah bahawa, pihak
sekolah perlu memberi galakkan kepada murid-murid untutk menyertai aktiviti
yang melibatkan nilai kerjasana agar jiwa mereka mudah untuk disemai dengan
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak
wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang
sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang
boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah
bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat
kejiranan yang utuh.
HAK
JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA
Kedudukan jiran sangat penting dalam Islam namun
dalam kepesatan teknologi dan
kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.
kemodenan manusia hari ini ramai yang sudah melupakan hak jiran dan tanggungjawab di antara satu sama lain sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri.
Kita lihat manusia hari ini sibuk membina rumah besar dan memasang pagar tinggi-tinggi dengan dinding tembok yang tebal sehingga memisahkan dirinya dari jiran sebelah dan hidup sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Marilah kita kembali kepada sunnah rasulullah dan ajaran Islam dalam menghidupkan masyarakat Islam dengan mengamalkan sunnah yang sudah semakin dilupakan iaitu menghidupkan semangat kejiranan.
(hadith sahih riwayat Muslim no. 45).
Demikianlah disebut oleh baginda rasulullah bahawa hendaklah mencintai jiran dan memelihara hak mereka seperti mana kita mencintai diri kita sendiri dan mahu hak-hak kita dijagai dan dipelihara. Bahkan demikian itu merupakan kesempurnaan iman dan tanda sebagai seorang yang beriman kepada Allah.
Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara :
Kejiranan ialah satu daripada fitrah manusia yang hidup dalam masyarakat dan Islam itu berada di antara pertengahan dalam banyak perkara dengan tidak berlebih dan berkurang. Menyentuh perihal jiran, Islam tidak membebani seseorang itu dengan sesuatu hal yang melampau sehingga dia perlu memelihara jirannya dengan mengabaikan hak dirinya sendiri sebaliknya juga sehingga tidak mengabaikan hak jirannya dengan mengutamakan dirinya sendiri sebaliknya berlaku tangungjawab ini secara saksama.
2. Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran
Menyakiti jiran ialah satu dosa yang besar dan menjadikan seseorang dimurkai oleh Allah swt. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah :“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti jirannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5787 dan Muslim no. 47).
Perbuatan menyakiti jiran ini adalah dilarang baik dengan perbuatan, perkataan dan lisan juga dengan cara dan sikap yang ditunjukkan dan tidaklah menjadi seorang yang benar-benar beriman di sisi Allah bagi mereka yang bermusuhan dengan jirannya.
Daripada Abi Hurairah ra yang berkata telah bertanya kepada nabi salallahualaihiwasalam akan perihal seorang perempuan yang sesungguhnya dia itu berpuasa siang dan mendirikan solat malam tetapi menyakiti jirannya dengan lisannya maka dijawab oleh baginda : “ Tidak ada kebaikan baginya dan dia itu berada di neraka” dan ditanyakan kepada baginda akan perihal seorang perempuan yang lain yang bersolat sekadar yang wajib dan berpuasa ramadhan dan bersedekah tetapi tidak menyakiti jirannya maka dijawab : “Maka dia berada di syurga”.
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 9673 dan Ibn Hibban no. 5763 danBukhari dalam Adabul Mufrad no. 119 dan Hakim no, 7304 dengan sahih Isnad dan disepakati oleh Adz-zahabi).
3. Menghormati Jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa mudharat
Memuliakan jiran termasuk kewajipan dan menghormati mereka ialah perintah dari Allah serta termasuk salah satu tanda keimanan. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selama tidak membawa bahaya dan mudharat.
Baginda rasulullah bersabda : “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan jirannya” atau dalam riwayat yang lain menyebut “ hendaklah berlaku baik kepada jirannya”.
(hadith sahih riwayat Bukhari no.5673 dan Muslim no. 47,48).
Adapun bagi jiran yang beriman dan beragama Islam maka sekiranya jiran itu melakukan maksiat dan dosa serta kehidupannya tidak menuruti syariat Islam maka hendaklah didakwahkan dan berusaha dibimbing dengan nasihat dan teguran.
Sebaik-baik amal makruf dan mencegah mungkar itu ialah di dalam keluarga sendiri dan kemudian kepada jiran yang berdekatan. Menegur dan menasihati jiran dengan kebaikan dan kasih sayang, membimbing mereka kepada syariat Allah dan mencegah mereka dari melakukan maksiat ialah sebaik-baik dakwah dan cara memuliakan mereka.
4. Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka
Islam mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat dari banyak panduan dari hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar ra yang menyebut telah bersabda rasulullah : “Wahai Aba Zar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau”.
(hadith sahih riwayat Muslim no. 2625).
Juga daripada riwayat Abdullah ibn Amru ibn As ra yang menyebut bahawa baginda rasulullah pernah menyembelih kambing lalu bersabda : ”Apakah kamu sudah memberikan hadiah sebahagian dari daging tadi kepada jiran kita yang merupakan si yahudi itu ?” diulang sebanyak tiga kali oleh baginda.
(hadith sahih riwayat Abu Daud no. 5152 dan Tirmidzi no. 1943 dengan menghasankannya dan Ahmad no. 6496).
5. Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan
Termasuk di antara hak dan kewajipan seseorang terhadap jirannya ialah membantu dan berusaha mengurangkan beban jirannya yang kesusahan sekadar mampunya.
Rasulullah bersabda : “Bukanlah orang yang beriman sekiranya dia kenyang seorang diri sedangkan jiran disebelahnya kelaparan” dan dalam riwayat lain menyebut “ Tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang sedangkan jirannya kelaparan disebelahnya dan dia mengetahui keadaan jirannya itu”
(hadith sahih riwayat Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 112 dan Baihaqi dalam Sunan Kubra no. 19452 dan Hakim no, 7307 dengan isnad yang sahih dan disepakati oleh Adz-zahabi dan berkata Hafidz Al-Munziri bahawa rijalnya siqah).
Islam menetapkan bahawa hendaklah jiran itu membantu sekadar mampu dirinya untuk meringankan beban dan tekanan yang dihadapi dari kesusahan oleh jirannya dan demikianlah Islam berusaha memberi pertunjuk sedapat mungkin ke arah mencapai bahagia.
6. Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat
Disebalik berusaha melakukan kebaikan kepada jiran dan membantu jiran maka seseorang itu juga harus berusaha mengelakkan dari mencederakan jirannya dan berlaku khianat serta membocorkan rahsia dan keaiban dari jirannya.
Hendaklah seorang yang beriman itu melindungi jirannya dari perkara yang membawa bahaya dan mudharat serta tidak menyerahkan mereka kepada musuhnya. Ini berdasarkan sabda baginda rasulullah yang menyebut : “Tidaklah masuk syurga orang yang tidak mengamankan jirannya dari sesuatu yang boleh membahayakannya” dan dalam riwayat lain “ orang yang tidak menyelamatkan jirannya dari sesuatu yang memudharatkannya” .
(hadith sahih riwayat Bukhari no. 5670 dan Muslim no. 46).
Memelihara jiran dari sesuatu yang bahaya, juga bermaksud tidak menyerahkan mereka kepada musuh dan membelot kepada mereka serta juga tidak membiarkan mereka tanpa amaran apabila adanya bahaya mendekati mereka.
Berlaku khianat kepada jiran boleh terjadi dengan cara membocorkan rahsia jiran yang boleh memalukan mereka, mencederakan maruah atau nyawa mereka dan harta benda mereka. Bahkan pelbagai cara boleh berlaku dan yang paling buruk dan jahat serta keji di sisi Allah ialah mengkhianati jiran dengan melakukan keburukkan kepada ahli keluarga mereka.
Sabda rasulullah : “Sesungguhnya seorang lelaki itu berzina dengan sepuluh orang wanita adalah lebih ringan baginya daripada berzina dengan isteri jirannya” demikian juga apabila ditanya tentang mencuri maka dijawab : “Mencurinya seseorang itu daripada sepuluh buah rumah lebih ringan baginya daripada mencuri dari rumah jirannya” .
(hadith sahih riwayat Ahmad no. 23905 dan Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 103 dan tibrani dan berkata Hafidz Al-Munziri perawinya siqah).
(An-Nisaa’ : 36)
(Al-Hujurat : 13)
(Al-Maidah : 2)
Apakah kita perlu tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi bak kata pepatah Melayu 'Sediakan payung sebelum hujan'. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.
(Al-Syura : 38)
Menyayangi jiran juga termasuk dari perintah Islam
seperti dalam hadith nabi yang menyebut :
“ Demi zat yang jiwaku berada
dalam genggamannya tidaklah beriman seorang hamba itu sehingga dia mencintai
jirannya atau saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri” .
HIKMAH / FADHILAT HIDUP
BERJIRAN
Mengapa Kita perlu Berjiran ?
Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan
kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan,
umat Islam berkewajibanmengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Ini
kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang
aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi
satu-satu kesulitan atau masalah. Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik
sesama jiran dijelaskan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'..dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang
miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang
terlantar dan juga hamba yang kamu miliki'.
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat
maka tidak dapat tidak kita perlulah terlebih dahulu menyedari keperluan dan
kelebihan hidup berjiran.
Antara hikmahnya ialah:
·
Bantuan
Ketika Kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat
tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga,
harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Kerana itu,
jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian
dan lain-lain lagi. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang
sedia menolong pada bila-bila masa sahaja. Pertolongan seperti inilah yang amat
diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib
atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran yang
dapat melahirkan suasana seperti ini.
·
Menambah
Kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti
pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan
sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah swt
yang bermaksud:
'Wahai manuisa, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa
-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal mengenali'.
Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih
lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Antaranya mendapat
tunjuk ajar jika berjirankan seorang guru atau pensyarah, mendapat nasihat
kesihatan jiran berjirankan seorang doktor, mendapat nasihat guaman jika
berjirankan seorang peguam atau majistret, membaiki kerosakan pada rumah dan
kenderaan jika berjirankan seorang mekanik dan begitulah seterusnya. Ini tidak
termasuk ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran seperti ilmu
bercucuk tanam, landskap, jahitan, gubahan, masakan, komputer dan lain-lain
lagi.
·
Menjamin
Keselamatan Setempat
Jiran yang sepakat dan bersatupadu mampu menjamin
keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, pecah rumah, najis
dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui
Rukun Tetangga, Jawatankuasa
Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen
kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh
Islam seperti firman Allah swt yang bermaksud:
'Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan)
kebajikan dan ketaqwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan
pelanggaran'.
·
Menjaga
Keharmonian Masyarakat
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan
kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat,
mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan banyak lagi dapat dibendung
jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak
berwajib setiapkali menyedari berlaku perkar-perkara yang ganjil dan
meragukan.
·
Menjaga
Kebajikan Penduduk Setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan
mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana satu
program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat.
Bagi memenuhi hasrat ini maka pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti
Jawatankuasa Kemajuan Pembelajaran Anak-Anak. Jawatankuasa ini berperanan
menilai pencapaian pelajaran anak-anak, mengenalpasti kelemahan dan masalah
serta mengadakan program-program yang dapat meningkatkan mutu pelajaran mereka.
Di samping itu juga, menerusi penubuhan Jawatankuasa
Pembangunan Insan Remaja maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi
keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi, program jatidiri
dan sebagainya. Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat baik
anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan
terpelihara. Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini adalah terletak
kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang
dinyatakan di dalam firman Allah swt yang bermaksud:
'…dan urusan mereka dijalankan
secara bermusyawarah sesama mereka...'
AKIBAT
TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN
Antara kesan terbesar akibat kita tidak melaksanakan adab yang baik kepada jiran :
ü 1. Berlaku perselisihan
faham antara jiran tetangga
ü 2. Merosakkan perpaduan dan
membangkitkan permusuhan dalam kalangan
masyarakat
ü 3. Sukar mendapat
pertolongan ketika dalam kesusahan.
ü 4. Kemungkaran berlaku secara
berleluasa
FAKTOR- FAKTOR SEMANGAT KEJIRANAN KIAN PUPUS
Sejak akhir-akhir ini, semangat
kejiranan kian pupus dalam kalangan masyarakat kita, mereka seperti tidak
mementingkan semangat kejiranan bagai ‘enau
dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ yang membawa maksud
mementingkan diri sendiri dan tidak muafakat. Peribahasa ini sesuai untuk
menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak dapat kita nafikan
bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan
sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri dan lebih
bersikap individualistik.
Nyahtijahnya, kita lebih suka
menyendiri dan mengabaikan semangat kejiranan dimana pada satu ketika dahulu,
semangat ini menjadi sesuatu teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli
masyarakat boleh diibaratkan ‘cubit peha kiri, peha kanan terasa’.
Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti semua faktor-faktor yang telah
menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita sekarang.
Faktor pertama yang mungkin menjadi
punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan oleh masyarakat pada
masa kini ialah faktor pendidkan. Pendidikan merupakan salah satu impak yang besar
ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan
kualiti kehidupan.
Kita dapat melihat, apabila
seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi,
beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia
besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan
bermasyarakat. Perspektif tersebut membawa maksud pandangan atau tanggapan.
Dengan jawatan yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat berdikari
dan tidak memerlukan orang lain termasuklah jiran tetangga. Mereka hanya
mementingkan hak individu mereka terhadap kebajikan masyarakat sebagai salah
satu seorang daripada ahli masyarakat itu sendiri.
Selain itu, faktor teknologi atau
media massa juga membuatkan masyarakat kian melupakan betapa pentingnya
semangat kejiranan. Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada
era ini, Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bereti aktiviti atau
kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri,
pertanian, perubatan, pertanian, perniagaan dan lain-lain. la juga telah
menjadi salah satu factor yang menyebabkan kita kurang mengamalkan semangat
kejiranan.
Teknologi juga menjadi faktor yang
menyebabkan kita kurang menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan
perkembangan teknologi yang canggih. kita semakin kurang berinteraksi secara
langsung dgan saya mahupun tidak langsung Melalui pengggunaan telefon,
faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan
untuk berhubung. Ekoran daripada itu, kita akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu
berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.
Jelaslah bahawa semangat kejiranan
akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli masyarakat di
setiap kawasan kejiranan tidak berhubung dan berinteraksi sesame satu dengan
yang lain. Struktur perumahan yang moden hasil daripada teknologi juga
menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan dikalangan masyarakat kita.
Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan
pagar-pagar.
Hal ini berbeza dengan rumah-rumah
dikampung yang ini yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah jiran
yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi
salah satu punca berlakunya perpecahan dalam kejiranan terutamanya penduduk
dikawasan bandar dan kawasan yang sedang membangun.
LANGKAH-LANGKAH MENGHIDUPKAN SEMULA SEMANGAT
KEJIRANAN
Hakikat
ini amat membimbangkan kerana semangat kejiranan iaitu semangat yang dipunyai
oleh ahli-ahli masayarakat untuk menjaga kebajikan dan kepentingan masyarakat
untuk menjaga kebajikan dan kepentingan anggota masyarakat yang lain amatlah
diperlukan. Ia bertujuan untuk menjamin perpaduan masyarakat. Pelbagai langkah
yang dapat kita laksanakan untuk membendung masalah ini terus melular dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Disini kita dapat lihat beberapa langkah yang boleh
dilakukan bagi membendung masalah ini.
Langkah
pertama untuk terus untuk mewujudkan semangat kejiranan ialah dengan
menghidupkan semula konsep rukun tetangga,. Rukun tetangga membawa maksud
pembahagian wilayah dan dipimpin oleh ketua yang dipilih oleh warganya. Progam
rukun tetanggga ialah satu progam sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam
pembangunan masyarakat setempat di Malaysia.
Di
Malaysia, Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu
langkah berjaga-jaga dimana ia memerlukan rakyat sendiri mengawal dan mejaga
keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan
menekankan konsep kejiranan yang berfalsafah bahawa kesejahteraan kawasan kejiranan akan mejamin
sesebuah negara. Dengan menghidupkan semula semangat rukun tetangga ini, secara automatiknya semangat kejiranan
akan dapat ditaman didalam setiap masyarakat didalam kawasan kejiranan.
Oleh
itu, disini dapat kita lihat bahawa melalui konsep rukun tetangga sengat
kejiranan dapat dipupuk kerana ia membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum
diaman ia secara tidak langsung mampu melahirkan kerjasama sesama ahli
masyarakat ketika melakukan rondaan bersama ibarat kata pepatah yang berbunyi
‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, Pepatah
itu benar-benar menggambarkan kerjasama yang erat sesame ahli masyarakat.
Selain
itu, semangat kejiranan dapat dipupuk melalui mengadakan pelbagai majlis yang
bercorak setempat. Antara contoh yang paling terdekat yang dapat kita ambil
ialah majlis perkahwinan. Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bersama dan
sekaligus dapat memupuk semangat kejiranan dalam ahli masyarakat. Contohnya
merewang untuk menyediakan makanan. Contonya merewang untuk menyediakan
makanan. Proses penyediaan makanan akan memerlukan kerjasama dan kemuafakatan
atau kesepakatan. Kerjasama amat penting ketika proses penyediaan makanan ini
atau merewang.
Seterusnya,
langkah-langkah mungkin dapat meningkatkan semangat kejiranan adalah dengan
menggunakan saluran media massa yang akan menyiarkan kempen kesedaran
kejiranan. Media massa perlu menyiarkan maklumat-maklumat yang positif dimana
ia dapat meningkatkan semangat kejiranan serta kemuafakatan sesama ahli
masyarakat. Seperti yang kita ketahui bahawa media massa merupakan satu medium
yang paling mudah masyarakat terpengaruh
terutamanya golongan kanak-kanak serta remaja.
Langkah kerajaan menggunakan
saluran media massa untuk menyiarkan kempen kesedaran kejiranan merupakan
pemangkin kepada keteguhan semangat kejiranan. Penggunaan media massa seluas
mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian
masyarakat terhadap isu ini. Secara tidak langsung, kempen yang disiarkan dapat
mencelik mereka yang disiarkan dapat mencelik mereka yang tidur agar bangkit
menjadi nadi kepada usaha kejiranan.
Langkah yang terakhir ialah dengan
sistem pendidikan disekolah atau mana-mana institusi pelajaran. Ia melalui
matapelajaran tertentu seperti Pendidikan Agama atau Pendidikan Moral ataupun
melalui penyerapan dalam matapelajaran lain. Melalui kaedah ini, semangat
kejiranan dapat dipupuk dikalangan kanak-kanak lagi ibarat peribahasa ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Semangat kejiranan amat penting
didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata jika semangat kejiranan tidak
diamalkan ia akan memberi kesan buruk sejurus melahirkan masyarakat yang tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Pelbagai langkah dan inisiatif
yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan semua suasana yang positif ini.
Sekiranya pencegahan tidak dilaksanakan bagi membendung kepincangan dan
kerosakan dalam kalangan masyarakat kita terutamanya dan negara amnya. Ibarat kata
pepatah, ‘Kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya’. Pepatah ini jelas mengajak seluruh masyarakat
bersama-sama beganding bahu dan berusaha dalam memastikan semangat kejiranan
tidak akan pupus dan terus diamalkan sehingga masa hadapan.
Akhirnya,peranan jiran juga amat
penting untuk mempunyai jiran amat penting untuk menentukan kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak
akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik
terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni akan
mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah
kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejateraan serta jauh
daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’.
AYAT AL-QURAN DAN HADIS
MENGENAI JIRAN
Allah berfirman di
dalam Al-Quran Surah AnNisaa’ ayat 36;
Maksudnya; “Sembahlah Allah dan janganlah kamu
mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu
bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan
tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil”
Hadis dari riwayat
Ismail Ibn Muhammad Ibn Saad Abi Waqas daripada bapanya daripada datuknya yang
berkata telah bersabda Rasulullah SAW:
“Empat
perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal
yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat
tanda keburukan (kesudahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri
yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”
Hadis dari riwayat Muslim
r.a daripada Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah
masuk syurga orang yang tetangganya tidak aman kerana gangguannya”
Hadis dari riwayat
Bukhari daripada Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat (Akhirat) maka janganlah menyakiti
jirannya”
PENUTUP DAN KESIMPULAN
Secara analoginya, semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.
Dalam situasi sebenar, kerajaan perlu mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Dalam situasi ini, kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.
Konklusinya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?
LAMPIRAN DAN KERATAN AKHBAR
SUMBER RUJUKAN
No comments:
Post a Comment